|

KUALA LUMPUR – United Malayan Land Bhd. (UMLand) bercadang mengambil alih 70 peratus kepentingan dalam Bangi Heights Development Sdn. Bhd. (BHD) dari anak syarikatnya, Country Equity Sdn. Bhd. (CESB) pada harga RM82.86 juta.
UMLand dalam kenyataannya di sini berkata, pihaknya dan CESB telah menandatangani satu perjanjian jualan saham bersyarat bagi cadangan pengambilan alih 70 juta saham biasa berharga RM0.10 setiap satu dan 14 juta saham keutamaan boleh tebus terkumpul berharga RM0.10 setiap satu. Cadangan rasionalisasi pemegangan saham itu dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan.
Katanya, pembelian keseluruhan akan ditolak selesai dengan jumlah terhutang oleh CESB kepada UMLand sebanyak RM82.817 juta manakala bakinya akan dibayar apabila siap atau kekal sebagai pinjaman UMLand kepada CESB.
Menurutnya, pengambilan alih itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kumpulan tersebut untuk menambah baik kecekapan struktur dan operasi keseluruhannya.
|